PILIHAN REMPAH RATUS TURUN TEMURUN DARI 'UWAN' DITURUNKAN KEPADA IBU MERTUA SAYA BY NOORSHILA AMIN |
Assalammualaikum
Teruja dengan permintaan dari seluruh pelusuk negara termasuk dari Brunei dan juga Singapura
membuatkan saya 'terkejut' dengan sambutan luar dugaan ini. Sambutan hangat yang diberikan olih sahabat-sahabat FB dan pelawat Blog, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana menyokong, , inshaallah, perusahaan murni ini akan saya kembangkan dengan izin Allah SWT.
Asal usul rempah Rendang Hitam Di Raja " Mak Mentuo Den"
Ibu kepada mertua saya iaitu Allahyarhamah Pn Bonyo bt Jadi adalah seorang Ketua Inang dan pengasuh kepada Putera dan Puteri kepada Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Allahyarham Tuanku Abd Rahman di Istana Seri Menanti . Memandangkan beliau merupakan ketua kepada inang maka segala persiapan santapan Diraja disediakan olih beliau untuk Tuanku dan Keluarga.
Bertitik tolak dari itu maka resipi pilihan rempah ratus terbaik dijadikan rujukan . Berbekal dari resipi turun temurun yang diilhamkan olih 'tukang masak' di Istana, kini, pilihan itu digunakan olin ibu mertua saya untuk menyediakan 'Rendang Hitam Di Raja' pada setiap kali keramaian , samaada Hari Raya mahupun keramaian yang lain seperti Perkahwinan.
Alhamdullilah, resipi "Rendang Hitam Di Raja" telah menjadi pilihan utama ketika Majlis Perkahwinan Puteri Sulung YTM Ke Bawah Kaus Dato' Undang Luak Sg Ujong . Betitik tolak dari permintaan itu maka kini usaha ini diteruskan .
Memandangkan 'rendang hitam' telah menjadi pilihan dimerata pelusuk negari di Semananjung Tanah Melayu, maka, kini saya 'memperkenalkan' resipi yang 'tersimpan' dari 'Alter Melayu' iaitu Rendang Hitam Di Raja 'dengan menggunakan 'rempah ratus terpilih' bagi menghasilkan ' Rempah Rendang Mak Mentuo Den'.
Dengan menggunakan 'rempah Rendang Hitam Mak Mentuo Den", perisa dan rasa rendang yang dimasak akan lebih enak dan sedap . Kalau dahulu 'rendang' hanya dihidang sewaktu perayaan Hari Raya dan menyambut Puasa, kini, dengan terlahirnya 'Rempah HItam Di Raja Mak Mentuo Den', akan memudahkan suri rumah untuk menyediakan 'rendang' ini bila masa dirumah..
Untruk mereka-mereka yang berminat untuk mendapatkanya sila rujuk dibawah untuk pesanan :-
atau e-mail :- noorshilaaminamin@gamil.com
No comments:
Post a Comment