iklan

iklan

widget

Monday, 18 November 2013

SELAMAT HARI KEPUTERAAN YTM DATO' KLANA PUTRA UNDANG LUAK SG UJONG KE 52

KE BAWAH KAUS YTM DATO' KLANA  PETRA AL HAJJ
UNDANG LUAK SG UJONG
Assalammualaikum

Pada tanggal 16hb November 2013 yang lalu sambutan Hari Keputeraan YTM Dato' Klana Petra Al Hajj , Dato Undang Luak Sg Ujong yang diadakan diperkarangan kediaman YTM Dato' Klana. Para jemputan dan sambutan hari keputeraan yang ke 52 yang diadakan itu hanya terdiri dari para sahabat terdekat YTM serta keluarga dan Pertubuhan Anak Anak Yatim Darul Aminan.

Alhamdullilah, walaupun  sambutan malam tersebut hanya untuk para para sahabat serta keluarga terdekat namun 'keceriaan' malam tersebut digamatkan dengan 'gelegat-gelagat' para sahabat YTM terutama apabila 'session' 'karaoke' bermula.

Yang teristemewanya masakan yang dihidangkan semuanya dari 'air tangan' Tok Puan sendiri. Sedap!!!
Yang membanggakan LA, YAM Tok Puan menggunakan Rempah Rendang Di Raja "Mak Mortuo Den" untuk masakan rendang serta ayam goreng berempahnya. Cayala..YAM Tok Puan
            Photo: Selamat Ulang Tahun Ke Bawah Kaus YTM KLANA PETRA DATO MUBARAK b DOHAK yg ke 52 tahun..
Semoga panjang usia n di murahkan rezki..Ameennn...

Tidak ketinggalan YTM juga sempat 'mendendangkan sebuah lagu lama iaitu  'Honesty', dan nanyian tersebut telah di'bida' sejumlah RM6,000/= untuk di hadiahkan kepada Pertubuhan Anak Anak Yatim Darul Aminan.. Diantara penyumbang dana untuk lagu YTM malam itu terdiri daripada Dato' Jai, Dato' Fadzir.Dato' Jett, En Amin Haq, En Nordin serta En Hasannal dan Nur Aizam. Terima kasih atas sumbangan anda!!!

Sebagai sumbangan,, LA sendiri menghiburkan para-para tetamu dan Anak Anak Yatim Darul Aminan dengan 2 buah lagu..( Bunga Tanjung & I Will Survive)

Kepada YTM Dato' Klana dan YAM Tok Puan berserta keluarga, hamba Dato'  mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan yang Ke 52 semoga kerahmatan juga Allah SWT limpahkan keatas keluarga YTM.

                                          ikhlas dari :- Noorshila Amin

.

No comments:

Post a Comment