iklan

iklan

widget

Friday, 29 November 2013

TERIMA KASIH SEMUA !!!!

SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI  ANDA
KERANA MONYOKONG   REMPAH RENDANG DIRAJA
'MAK MORTUO DEN'

                                                          Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

                                                                  Assalammualaikum.
Saya bagi pihak Titanius Global Entp ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua sahabat, rakan dan taulan yang telah membeli Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den. 

Alhamdullilah, nampaknya semua pembeli amat berpuas hati dengan hasil 'produk' yang saya keluarkan. Rata-rata hasil masakan yang dicuba olih rakan -rakan nampaknya semua berpuas hati dengan keenakkan dan citarasa yang dihidangkan dengan menggunakan 'Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den ini. 

Syukor saya kehadrat Illahi kerena dapat berkongsi 'keenakkan' rasa 'rendang' dengan para sahabat semua.Kalau dahulu kita hanya menikmati rendang hanya dimusim perayaan tetapi kini semua sudah berubah. Kini sesiapapun bolih menyediakan 'hidangan' hebat ini pada bila-bila masa apabila 'kepingin'.

Dengan lahirnya Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den membuatkan ramai suri-rumah 'teruja' untuk menghidangkanya terutama  kepada famili dan juga kepada tetamu dan yang memudahkan lagi ianya bolih dinikmati  pada bila-bila masa dan mudah untuk disediakan Alhamdullilah.

Syukur, hari ini genaplah sebulan kami memasarkan produk Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den  dan alhamdullilah setakat ini produk kami telah terjual  lebih 50kilo Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den yang meliputi keseluruh negara termasuk Singapura dan juga Brunei DarulSalam. Syukur kehadrat Allah SWT.

Inshaallah, dalam masa yang terdekat kami akan mengeluarkan produk terbaru iaitu  Rempah Kari Ikan 'Di Raja', Rempah Kurma Di Raja, Rempah Kari Daging  Di Raja dan Rempah Di Raja Masa'ala.. 

Kepada semua sahabat, nantikan !!!!

Akhir kata saya mendoakan kerahmatan juga dilimpahkan kepada anda semua semoga Allah SWT melindungi dan merahmati sahabat sekalian.

Terima kasih.
Noorshila Amin
Titanius Global Entp.

                             layari blog resmi kami :- rempahdiraja.blogspot.com

Sunday, 24 November 2013

MAJLIS MAKAN MALAM KARYAWAN : APA KATA NOORSHILA AMIN!!!

GALA DINNER DI ISTANA HOTEL
TAHNIAH KERANA BERJAYA MEMBANTU ARTIS YANG
DITIMPA MUSIBAH
                                                       

Assalammualaikum

Tahniah kepada KARYAWAN kerana berusaha untuk membantu nasib artis negara kita yang ditimpa musibah dan juga artis yang didalam  keuzuran amat disanjung. Usaha murni yang ditabur dengan mengadakan beberapa program bertujuan untuk mencari 'dana' sememang dialu-alukan dan malam tadi berlangsungnya Majlis Gala Warisan Seni yang diresmikan olih Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Dr Rais Yatim dan isteri dimajlis tersebut amat bermakna kepada seluruh warga artis Malaysia. Terima kasih Tan Sri!!!

Walaupun ramai artis yang menghadiri majlis tersebut namun bebarapa nama besar didalam industri ini masih tidak kelihatan. Walauapapun majlis besar ini tetap berjaya menarik beberapa tokoh besar dalam dunia 'korporat' untuk sama 'membalas budi' artis dengan memberikan sumbangan yang besar dan dianataranya termasuklah YTL., Syed Buhkari dan beberapa tokoh lagi. Dianggarkan suku juta ringgit telah berjaya dikumpul untuk memenuhi 'dana' ini yang bertujuan untuk membantu artis yang dilanda 'musibah' atau 'keuzuran'.

Kemungkinan kerana artis-artis telah banyak menyumbang kepada 'pemulihan' hati-hati yang gersang dan menghiburkan hati-hati yang 'gundah gulana' para peminat serta koporat tertentu maka sifat 'ingin membalas jasa' telah diterjemahkan didalam bentuk 'sokongan' dan 'wang ringgit' telah dizahirkan malam tadi. Terima kasih..kerana sudi mambantu artis-artis Malaysia .

La sebagai ahli Karyawan mengucapkan terima kasih diatas sumbangan tersebut dan semoga niat murni yang ditunjukkan serta bantuan yang diberikan, La bagi pihak artis Malaysia mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan semoga dilain tahun banyak lagi badan koporat tampil kehadapan untuk meringankan 'bebanan' yang ditangung olih segelintir artis yang tidak bernasib baik
Hanya kerahmatan juga yang dipohonkan kepada  Yang Maha Esa agar semua 'penderma" diberikan perlindungan olih Allah SWT

                                                                Terima kasih'
                                                     ikhlas dari :- Noorshila Amin

Friday, 22 November 2013

TAKZIAH YM DATO' SRI RAJA SHAH REZZA :- FOUNDER ISLAMIC FASHION FESTIVAL



          


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Ucapan takziah diucapkankan kepada YM Dato' Sri Raja Shah Rezza diatas pemergian bonda tercintanya. Semoga roh 'Bonda'nya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan yang solihini.

Kepada YM Dato' Sri Raja Shah Rezza, kami sekeluarga amat bersimpati dengan pemergian insan yang tersayang' buat selama-lamanya dan ketentuan Allah SWT ini pasti dilalui olih  setiap makhluk yang bernama manusia . Semoga 'dugaan' ini diterima dengan hati yang terbuka.
Photo: Bersama pengasas IFF YM DS Shahrezza.. Iqram Dinzly...
                                                                         AL FATIHA


                                                  ikhlas  dari :- Noorshila Amin

Monday, 18 November 2013

SELAMAT HARI KEPUTERAAN YTM DATO' KLANA PUTRA UNDANG LUAK SG UJONG KE 52

KE BAWAH KAUS YTM DATO' KLANA  PETRA AL HAJJ
UNDANG LUAK SG UJONG
Assalammualaikum

Pada tanggal 16hb November 2013 yang lalu sambutan Hari Keputeraan YTM Dato' Klana Petra Al Hajj , Dato Undang Luak Sg Ujong yang diadakan diperkarangan kediaman YTM Dato' Klana. Para jemputan dan sambutan hari keputeraan yang ke 52 yang diadakan itu hanya terdiri dari para sahabat terdekat YTM serta keluarga dan Pertubuhan Anak Anak Yatim Darul Aminan.

Alhamdullilah, walaupun  sambutan malam tersebut hanya untuk para para sahabat serta keluarga terdekat namun 'keceriaan' malam tersebut digamatkan dengan 'gelegat-gelagat' para sahabat YTM terutama apabila 'session' 'karaoke' bermula.

Yang teristemewanya masakan yang dihidangkan semuanya dari 'air tangan' Tok Puan sendiri. Sedap!!!
Yang membanggakan LA, YAM Tok Puan menggunakan Rempah Rendang Di Raja "Mak Mortuo Den" untuk masakan rendang serta ayam goreng berempahnya. Cayala..YAM Tok Puan
            Photo: Selamat Ulang Tahun Ke Bawah Kaus YTM KLANA PETRA DATO MUBARAK b DOHAK yg ke 52 tahun..
Semoga panjang usia n di murahkan rezki..Ameennn...

Tidak ketinggalan YTM juga sempat 'mendendangkan sebuah lagu lama iaitu  'Honesty', dan nanyian tersebut telah di'bida' sejumlah RM6,000/= untuk di hadiahkan kepada Pertubuhan Anak Anak Yatim Darul Aminan.. Diantara penyumbang dana untuk lagu YTM malam itu terdiri daripada Dato' Jai, Dato' Fadzir.Dato' Jett, En Amin Haq, En Nordin serta En Hasannal dan Nur Aizam. Terima kasih atas sumbangan anda!!!

Sebagai sumbangan,, LA sendiri menghiburkan para-para tetamu dan Anak Anak Yatim Darul Aminan dengan 2 buah lagu..( Bunga Tanjung & I Will Survive)

Kepada YTM Dato' Klana dan YAM Tok Puan berserta keluarga, hamba Dato'  mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan yang Ke 52 semoga kerahmatan juga Allah SWT limpahkan keatas keluarga YTM.

                                          ikhlas dari :- Noorshila Amin

.

Tuesday, 12 November 2013

KESEMPATAN MERAIKAN PERKAHWINAN LAJENDA BADMINTON NEGARA DATO' SRI DIRAJA JAILANI SIDEK & C'AHH


Tahniah buat kedua mempelai, semoga kerahmatan Allah swt dilimpahkan keatas mereka. Amin.
Symber dari :- Mediamalaya KUALA LUMPUR, 10 NOV 2013: Lagenda badminton negara, Dato` Seri Jalani Sidek telah pun melangsungkan majlis resepsi perkahwinannnya dengan ahli perniagaan, Datin Seri Hajah Wan Zaleha Mohd Khalid, malam semalam.

Berdasarkan foto yang dimuatnaik oleh aktres Umie Aida menerusi laman Facebook miliknya, majlis pasangan ini telah diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Pasangan ini diiringi dan diraikan oleh anak-anak mereka dan antara tetamy yang turut hadir ialah Datin Paduka Umie Aida bersama suami, Norshila Amin yang merupakan penyanyi popular 80′an dan aktres Nur Aliah Lee.

Majlis resepsi ini diadakan hampir genap sebulan selepas bekas isteri Jalani, produser kontroversi Raja Azmi melangsungkan perkahwinannya dengan pemuzik CRK, Eddie di Istana Budaya pada pertengahan Oktoboer yang lalu.

Tarikh perkahwinannya sebenar pasangan itu tidak diketahui, namun ada khabar angin yang mengatakan Jalani berkahwin sebelum bercerai dengan bekas isterinya. Walaubagaimanapun, pasangan tersebut sudah pun selamat diijabkabulkan.





 photo 1403481_627165103988850_1330131118_o.jpg


                                                      tahniah dari :- Noorshila Amin

Saturday, 9 November 2013

Thursday, 7 November 2013

PROGRAM : SANTAI TEH TARIK RADIO KL FM MALAM ESOK !!!

JUMPA SAYA DI SANA!!!!!

Assalammualaikum

Program santai radio KLFM bersama pendengar akan berada di Taman Cheras Jaya Batu 10, Cheras, Kuala Lumpur. Program yang berupa khidmat komuniti ini akan bersiaran dari jam 
8 malam bersamaan 8hb November 2013.

Kepada peminat semua jangan lupa menghadirkan diri untuk sama-sama kita memeriahkan program tersebut.

Inshaallah,saya akan mendendangkan dua buah lagu dari koleksi album saya iaitu Sekian Terima Kasih dan Rambu Ramba dan tidak lupa kepada peminat yang bertuah malam itu nanti Titanius Global akan menghadiahkan  pek  'Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den'.

Kepada sesiapa yang berminat Pek Harga Promosi (100 gram)  Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den bolih dibeli dengan harga RM15-00 dan Pek Royal (320 gram) Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den bolih dibeli dengan harga promosi RM45-00.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den dikarnival tersebut. 

Temui saya dan "Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den" malam esok.
                                 

                                                         terima kasih.

                                               ikhlas dari :- Noorshila Amin

Tuesday, 5 November 2013

REMPAH RENDANG DIRAJA '"MAK MORTUO DEN" SUDAH MENYEBERANGI LAUTAN !!!

TERKINI !!!!
Assalammualaikum

La mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan dan galakkan yang La terima terhadap Produk Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den. Walaupun baru sebulan dilancarkan kini sudah menyeberangi tambak Johor iaitu Singapura , Sabah dan juga Sarawak. 

 Jenama yang La keluarkan adalah diatas syarikat Titanius Global Entp. Syarikat ini adalah hak milik La yang  diusahakan  bersama-sama suami dan anak-anak.

Alhamdullilah, banyak testimoni telah La terima dan komen yand diberikan semuanya 'terbaik' dan 'sodap' dari mereka yang telah mencuba menggunakan Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den ini dalam masakkan mereka dan diantaranya ialah penyanyi Salwa Abd Rahman dan tidak ketinggalan juga sahabat-sahabat yang lain.

 Terima kasih jua diucapkan kepada yang telah mencuba 'keenakkan' jenama Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den ini. .  Rasa dan bau  haruman ketika menggunakan Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den ini sangat mengujakan  dan terasa keenakkan 'rempah ratus'nya apabila dimakan. 

Kelainan akan terasa apabila menghidangkan masakan dengan menggunakan Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den. 

                                             komen dari : Salwa Abd Rahman
                                   Photo: Salwa dah dapek n dah rasa masakan nye sendiri memgunakan Rempah Di Raja Mak Mortuo Den. 
Watsapp 0176781329 yee.. :)



Kepada mereka yang belum lagi memiliki 'pek rahsia keenakkan' dalam masakan sila layari blog 

                            rempahdiraja.blogspot.com


                                      atau  watsapp

          017-678 1329   , 016 - 776 9645  , 012 - 482 5979

                                    untuk tempahan

                                 ikhlas dari :- Noorshila Amin
           

Friday, 1 November 2013

CARA MEMASAK RENDANG DI RAJA : MACAM MACAM BOLIH !!!!

REMPAH RENDANG  DIRAJA MAK  MORTUO DEN"

                                                  Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
                                                           olih Noorshila Amin
                         
                                                                
RENDANG DAGING / AYAM
                                        Cara membuat 2 kg Rendang Daging Di Raja

                                                                     
                  Masukkan  semua bahan-bahan seperti hirisan bawang merah, bawang putih, halia                                                                      dan serai yang dititik.
                 

                  Masukkan rempah kari daging, serbuk kunyit dan tambahkan dengan 2 senduk                               Rempah  Rendang Di Raja.(Kalau inginkan kepedasan tambahkan cili boh)

 

Gaulkan semua bahan tersebut biar serata 


Campurkan 2 cawan air untuk mengecutkan daging dan jerangkan dengan api serdahana
     besar 

   

   Setelah daging kecut, campurkan pati santan kelapa tua dan kacau
     sehingga mendidih.  Kemudian masukkan 2 sudu besar minyak masak gaulkan rata dan masukan garam secukup rasa


Kacau sehingga kering mengikut cita rasa sendiri


Inilah hasilnya.

Kegunaan lain :-
sup
masak kari daging/ayam
ayam kicap berempah
ayam goreng berempah
perapan satay
perapan steak beef/lamb

Kepada sesiapa yang teringin menikmati keenakkan masakan, sila dapatkan 
'Rempah Rendang Di Raja 'Mak Mortuo Den'

watsapp 0176781329 atau
email : noorshilaaminamin@gmail.com

produk keluaran syarikat :-
Titanius Global

"Home Made With Love"
by: Noorshila Amin