ALHAMDULLILAH !! SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT SAYA PULIH SEPENUHNYA |
Bismillahirrahmannirrahim
Syukur kehadrat Allah SWT, dengan berkat doa dari keluarga tercinta, sahabat-sahabat, teman-teman serta peminat diseluruh negara yang sentiasa mengikuti perkembangan diri saya dari bermulanya kerier saya bersama OTD sehingga terbitnya album pertama saya iaitu Kad Ucapan Mu. Walaupun sehingga kini pujian dan dorongan diberikan tanpa henti olih semua yang mengikuti perjalanan kerjaya seni saya, hanya ucapan terima kasih jua yang dapat saya 'kalongkan' kepada semua dan berdoa agar Allah SWT jua yang dapat membalasnya.
Kepada semua media cetak dan media elektronik serta sahabat wartawan yang sentiasa mengambil berat dan perihatin terhadap apa yang berlaku terhadap diri saya, saya ucapkan ribuan terima kasih diatas keperihatinan saudara-saudari. Kepada blogger yang 'copy n paste' juga , terima kasih saya ucapkan, kerana 'meluaskan' pemberitaan trajedi kepada mereka yang mengikuti dimedia sosial, terima kasih.
Kepada peminat-peminat semua yang terperanjat dengan kejadian yang menimpa saya beberapa minggu lepas, alhamdullilah, dengan kasih Allah SWT dan doa sahabat semua, kini saya telah pulih sepenuhnya dan kini rutin perjalanan kerjaya seni saya diteruskan setelah 'tergendala' untuk tempoh beberapa minggu.
Kepada mereka-mereka yang telah sudi menjemput saya untuk acara persembahan yang terpaksa saya tolak 'diatas sebab 'kerahmatan Allah" tempoh hari, saya dengan kerendahan hati memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat menyempurnakan hajat tuan-tuan. Inshaallah, dikelapangan yang lain, semoga saya dapat memenuhi undangan tuan-tuan. Kemaafan juga yang saya pohon.
Inshaallah, sxaya akan cuba 'update' blog ini sekerap yang mungkin dan saya akan paparkan aktiviti seni saya kepada yang mengikuti perkembangan saya.
Sekian terima kasih.
sambutan hari lahir saya bersama kengkawan sekolah
'stadion' di Allson Klana Resorts
dikediaman sahabat kami jamal setelah 20 tahun tidak berjumpa
masa hari raya tak sempat pergi sebab 'test api', lepas raya pun ok gak
bersama MHI seminggu sebelum 'trajedi"
HARI RAYA YANG SEMPAT SAYA HADIRI
menyanyi sempena Hari Raya di kediaman Perdana Menteri bersama rakyat
bersama Dato' Mahathir Lokman dan 2 putera dan puteri saya
program hari raya di TV 1 bersama kengkawan
pelancaran kapal dredger Inai Kiara ke 3 terbesar didunia yang saya hadiri
bertemu maznah zulkifli di rumah terbuka Dato' Mahathir Lokman
yang penting show still on
Noorshila Amin
No comments:
Post a Comment