iklan

iklan

widget

Monday, 5 May 2014

AL FATIHAH :BUAT ALLAHYARHAM DATO' AZIZ SATTAR DARI KAMI ANAK ANAK SENI

HILANG SUDAH PENYERI ALAM FILEM MELAYU
TOKOH TERAKHIR SENIMAN BUJANG LAPOK
YANG DI JEMPUT YANG MAHA ESA
ALLAHYARHAM DATO AZIZ SATAR
                                                                  AL- FATIHAH

                                        

Pemberitaan dari  Blog IPOH MALAY untuk warkah  sedih ini.
Aziz Sattar Meninggal Dunia :

Seniman terkenal tanah air, Aziz Sattar, 89,  atau nama sebenarnya Datuk Abdul Azez bin Satta yang dimasukkan ke hospital awal pagi semalam telah kembali ke rahmatullah jam 2.00 pagi ini.

Beliau yang pada mulanya dilaporkan stabil telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

Pemergiannya menjadikan insan seni terakhir di kalangan dua kumpulan pelawak trio yang sinonim dengan Tan Sri P Ramlee, yang menghadap Ilahi dan menutup usia seorang lagenda yang padanya tersimpan banyak cerita suka duka para artis 50 tahun silam.

                            


Datuk Abdul Azez bin Sattar atau lebih dikenal sebagai Aziz Sattar (lahir di Pekalongan, 8 Agustus 1925; umur 88 tahun) merupakan salah seorang seniman serba bisa Malaysia. Ia berkecimpung di bidang seni sebagai aktor, sutradara, pelawak, dan penulis skenario sepanjang kariernya. Ia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura. Kisah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, ketika ia mengikuti ayahnya Sattar Sawal dan ibunya Satimah Jalal hijrah ke Singapura. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah ia mempunyai dua kawan akrab yang turut menjadi aktor terkenal - Salleh Kamil dan Shariff Dol. Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sampai kelas lima. Ia tidak dapat meneruskan pendidikannya akibat pendudukan Jepang di Malaysia. Pada umur 10 tahun, ia yang merupakan pelawak alamiah mulai menyanyi dan menari dalam perhelatan nikah dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, ia menjadi pengemudi truk dengan gaji sebanyak RM150. Pada tahun 1950, ia menjadi anggota Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada bulan September 1951 bekerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mulai berubah pada tahun 1952 saat diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada awalnya, ia sekedar bekerja sebagai penyulih suara. Namun, ia terkejut karena gajinya ketika itu jauh lebih rendah dibandingkan pekerjaannya sebagai sopir truk, hanya RM70 sebulan. Pada tahun 1953, dia dipercaya bermain sebagai tokoh tambahan dalam film Putus Harapan. Ia juga salah satu anggota Kelompok Panca Sitara.

                                            TAKZIAH DARI KAMI SEKELUARGA

Tuesday, 25 February 2014

DATO' RAHMAN HASSAN DIKEJARKAN KE HKL



Dato" Rahman Hassan Pengsan Di Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan jatuh pengsan ketika menghadiri majlis perasmian DVD Asas Gerak Melayu yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya pada petang Selasa.

A. Rahman rebah semasa sedang duduk di kerusi di dalam dewan sebelum sempat disambut oleh tetamu disebelahnya.

Ketika kejadian, mantan Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Datuk Mohd Bisharuddin Mohd Nor Bhasa, sedang menyampaikan ucapan perasmian acara tersebut kira-kira pukul 3.30 petang.

Penyanyi itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sebuah ambulan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.

Sebelum itu, kakitangan Istana Budaya sempat memberikan bantuan kecemasan kepada penyanyi itu sebelum dibawa ke hospital.

A. Rahman sepatutnya bertindak sebagai moderator program berkenaan bersama-sama dengan Datuk Zulkifli Zain, Datuk Ramli Ibrahim dan Norzizi Zulkifli.

Sementara itu, anak lelaki A. Rahman iaitu Khir Rahman ketika dihubungi tidak mengetahui keadaan sebenar bapanya dan sedang dalam perjalanan ke hospital

P/S : Semoga Allah SWT memberikankan kesihatan yang baik kepada Mantan Presiden PAPITA

ANTARA BAHAN REMPAH RATUS"DMMD " YANG BAIK UNTUK K...

TITANIUS GLOBAL: ANTARA BAHAN REMPAH RATUS"DMMD " YANG BAIK UNTUK K...: KEJIAN MENGESAHKAN BAHAWA REMPAH RATUS TERPILEH ADALAH BAIK UNTUK KESIHATAN JANGAN RAGU RAGU  UNTUK MENGGUNAKANYA Assalammualaikum. Te..

Thursday, 23 January 2014

TEMUI SAYA DI MELAKA 25HB JANUARI 2014 JAM 8-30 MALAM : MENARA TAMING SARI, BANDAR HILIR: JANGAN LUPA!!!

PERSEMBAHAN LIVE BERSAMA KOMBO RTM MELAKA!!!
TEMUI SAYA !!!!


Assalammualaikum .

Kepada semua peminat saya yang berada di Melaka, jangan lupa untuk menghadirkan diri anda serta keluarga sempena SANTAI @MELAKA FM  jam 8.30 malam bertempat di Menara Taming Sari, Bandar Hilir Melaka.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan rempah rendang DiRaja Mak Mortuo Den, jangan ketinggalan.

Kepada mereka yang merindui saya untuk menyanyikan lagu 'KAD UCAPAN' dan "  AKU SUDAH JATUH HATI'.. secara life bersama 'Kombo RTM Melaka' ...jangan ketinggalan !!!!

Temui anda disana.

Terima kasih.






Sunday, 12 January 2014

SANTAI @ GEMILANG PUTERAJAYA :- MINGGU INI GILIRAN SAYA MENGHIBUR TETAMU :- 19HB JAN 2014

SANTAI@ DATARAN GEMILANG PERCINT 4
TEMUI SAYA BERSAMA ARTIS-ARTIS
Assalammualaikum

Bertempat di Nilai  Springs Golf and Country Resorts , bertarikh 10hb Januari 2014 , saya telah dijemput untuk menghiburkan tetamu di Majlis Makan Malam .Alhamdullilah malam itu saya telah menyampaikan beberapa buah lagu hits saya iaitu Kad Ucapan, Rambu Ramba, dan Aku Sudah Jatuh Hati atau Da Di Du dan mendendangkan juga sebuah lagu Inggeris yang dinyanyikan olih Mendiang Withney Huston iaitu I Always Love You.

Terima kasih diucapkan kepada JPS Malaysia yang telah sudi bersama saya dan juga pengacara sensasi lagi kontroversi Ifa Raziah. Alhamdullilah...semuanya terhibur.

Tidak ketinggalan juga pada hujung minggu ini 19hb Januari 2014, saya akan tampil di Pentas Santai@ Dataran Gemilang Percint 4, Putrajaya bagi menjayakan Santai Artis dan Jualan bersama pengunjung. Jangan lupa temujanji kita bermula dari jam 4-40 petang.


              Photo: Assalamualaikum
10HB.1.2014..
Alhamdulillah selesai shw ber sama JPS Malaysia di Nilai Spring semalam..

                        

Tidak ketinggalan, gerai saya ' Rempah Rendang Di Raja Mak Mortuo Den akan  beroperasi seperti biasa. Kepada pengunjung dan peminat yang belum lagi mendapatkannya, sila hadirkan diri anda disana dan inshaallah..bolih merasai sendiri rendang masakan air -tangan saya sendiri.
Jangan lupa...bawa keluarga bersama.

Photo
Salah seorang pemenang 'Like 500' yang menghadirkan diri bagi menerima hadiah
dari saya sendiri.Terima kasih Abg Jaafar Onn kerana sudi 'menwar-war'
jenama saya. Terika kasih.
                             

                               

                              

Bersama anak saya Daniel dan salah seorang agen kami Zack..walaupun dah sarat anak ke 3
namun kegigihannya sebagai agen rempah kami, patut dicontohi wanita lain..
syabas Zack!!!
                           

Photo
Bersama-sama peminat yang membeli rempah  DMMD
                           
          Akhir sekali dalam minggu ni, album karaoke ini menjadi buruan /kegilaan peminat untuk mendapatkan diserata kedai muzik. Teruskan usaha anda untuk  menjejaki album ini!!!
                   Photo: Ehemmmm. Kak Ita Rahim, meh sini tgk... Barang kes dah jumpa. Dalam minggu nie saya pos ye.
Kak Noorshila Amin Amin... Tauke kedai cd tu ckp....album akak nie mcm pisang panas....ramai yang cari. Smlm dia dpt ambik 7 unit je dari supplier, hari nie semua dah liaooooo.

                                            ikhlas dari :- Noorshila Amin